| Matahari seolah-olah akan larut dalam ufuk. Tanda hari telah petang. Petang itu, setelah ayah pulang dan meninggalkan aku di daerah ini, dimensi rasa tiba-tiba menjadi kosong. Bukan kerana aku mahu ayah terus menemani aku di sini, bahkan tujuan dia ke mari bersama aku pagi tadi pun bukanlah untuk menemani. Tapi kerana kenderaan yang aku pandu itu miliknya. Namun, dari satu sudut, aku memang mengharapkan ayah berlama sikit disini, memberikan sesuatu dalam pesan dan ingatan. Aku faham dan akur, ayah masih perlu menjalankan tanggungjawabnya di daerah asal kami. Sebenarnya, sebelum berlalu, sempat juga ayah menyimpul kata sebagai bekalan pedoman. "Di daerah rantau, merunduklah tapi jangan sampai terpuruk. Carilah seramainya kawan, hindarkan lawan."Ahh..ayah bercakap tentang kawan sedangkan aku masih rawan memikirkan "aku ini harus bagaimana? masa depan anak watan telah diletakkan dalam tangan ku kini!!" Apa-apa pun aku tetap berterima kasih untuk setiap pengorbanan ayah dan ibu. Kawan; esok aku fikirkan kerana esok tetap ditangan Tuhan...(bersambung) |
Hope to read more.. enjoy reading them..
ReplyDeletethank you..i'll try to spend more time to this narrative. it's a story of an educator who wanted to be educate.
Delete